kodek OH kodek
fb : Adek Nurulasyikin twitter : kodekOHkodek
Rabu, 12 Disember 2012
kerusi patah
13/12/12 - Khamis
pagi ni kodek kerja seperti biase.. hahahaha.. kelakar nye KODEK jatuh kerusi... jatuh xpe.. ni kerusi tu patah... adooooiii... berat sgt kot.. wkaakkaka...
Alhamdulillah xde pe2 kecederaan yg serius... tp kaki kanan kodek (lutut) yg ade besi ni sakit dik hentakan menanggung bebanan kot...
thank to kengkwn yg sudi nak tlg td.. walaupun xde daya nak angkat kodek.. tp dorg still nak tolong....
kodek sayang korg semua :)
Rabu, 5 Disember 2012
HELIZA HELMI menyertai MISI SOLIDARITY GAZA PALESTIN
interview TV-AL HIJRAH sebelum berangkat ke GAZA
kodek akn merindui BOSS.. take care boss..
Penyanyi Heliza Helmi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia telah berlepas ke Gaza untuk menyertai Aman Palestin Misi Solidarity Gaza bersama-sama lebih 100 orang ahli rombongannya.
Melalui laman page Facebook miliknya, Heliza Helmi sangat teruja dengan misi tersebut...... "Semoga kedatangan kami ini dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral dan tekanan kepada Israel . Apa perasaan sekarang? Sukar digambarkan .. hanya Allah yg tahu. Dari Malaysia ke Bangkok ambil masa dalam 2 jam. Dari bangkok ke cairo dalam 6 jam"
KODEK x dapat JOIN... xpe... BOSS wakil utk kami le...
semoga semua yg terlibat utk misi ke GAZA 'SELAMAT PERGI DAN PULANG' KE TANAH AIR DALAM KEADAAN SIHAT & BLH SHARE PENGALAMAN SELAMA 10 HARI MEREKA DI SANA UTK MENJADI TELADAN PD KAMI.... IN SHA ALLAH...
so, korg yg x dpt join tu, ape kate hulurkan SEDIKIT BANTUAN utk sedare2 kite di sana!
cara menderma : korg leh pi PAGE Usrah Fitrah di twitter or FB.. semoga sumbangan kita dpt meringankan sedikit bebanan mereka.
Selasa, 4 Disember 2012
ERTI PERASAAN
Dikala aku merindu
Ingin kutulis sejuta syair indah
Ingin rasanya aku berkisah
Tentang semua kekangenanku
Di saat ini seolah aku sulit mencari
Dermaga yang berairkan tinta emas
Dan pena antik untuk mengukirnya
Aku takut terdampar di pulau sana
Yang penuh dengan ketidakpastian
5/12/12
Assalamualaikum wbt....
lame rase KODEK x update kat blog ni kan? 2 minggu ni agak ke busyan.. dan dlm 2 minggu ni la mcm2 terjadi... so hari ni kodek nak tulih or nak mencurahkan perasaan melalui puisi...
lame rase KODEK x update kat blog ni kan? 2 minggu ni agak ke busyan.. dan dlm 2 minggu ni la mcm2 terjadi... so hari ni kodek nak tulih or nak mencurahkan perasaan melalui puisi...
Saat malam mulai larut
Suasanapun semakin senyap
Aku terbujur dalam kekakuan
Karena hati terpasung dalam kesepian
Kesedihan dengan kesendirian
Seakan menggugurkan sejuta harapan
Sepinya malam berlalu sudah
Pagi datang mengawali hari baru
Aku terbangun dari panjangnya malam
Perlahan aku bergerak,
Berdiri dan ku buka jendela
Tersiratlah cahaya mentari pagi
Menyinari……
Menghempaskan semua khayalan kepahitan
Memang, Aku harus tetap tegar berdiri
Songsong hari yang baru
Sambut dengan sesuatu yang indah
Wujudkan misteri cita dan cinta
Sambutlah ‘si CINTA’ yang cantik
Berikan dia senyum
Warnailah hari-hari dengan cinta
Selasa, 30 Oktober 2012
tata Pn.Alwiyah :"(
hari terakhir utk Pn.Alwiyah :"( so sedih ok!
dia boss yg sgt Baik sebenarnye..
kami di bahagian Prosessing terasa akn kehilangan kamu Puan.
semoga sukses dlm apa Jua yg Puan lakukan ye...
May ALLAH SWT Bless U & Family always.. ameen...
4 u Puan!!!
semua staff turut memberi kata2 semangat
we'll miss u Puan :"(
besaq x kad ni weh?
kak Lin ( mok ) peace YO!
awat IMA nie?!
sedihnye weh rase!!!
LoVE U PUAN ALWIYAH!!!
M.A.R.A.H !!!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Marah... setiap orang mesti mempunyai perasaan amarah dalam diri masing2. Cuma bergantung pada seseorang untuk mengawal kemarahan masing2. Ada yang jenis marah secara melulu..dan tidak bijak mengawal kemarahan. Dari kemarahan tu, boleh meninggalkan kesan kepada insan sekeliling kita. Macam jenis saya lak, kalo marah...memang jenis x reti nak tenking2 orang. Semuanya pendam dalam hati. Dan kalo saya nak atasi perasaan marah yang membuak-buak biasanya saya akan duduk diam-diam je.. Tak bercakap.. Huhu.Sebab saya takut,kalo mengeluarkan kemarahan melalui kata-kata akan memberi kesan yang buruk & berlaku pergaduhan. Biasanya...bila saya dah reda sikit marah..barulah slow talk... Dan adakalanya perasaan marah yang amat tu, boleh mebuatkan saya menangis bila bercakap.. Tapi.. kawan2 saya selalu kata..adakalanya cara saya ni boleh mebuatkan orang x respek sebab tak pandai nak marah2 & tenking2 orang... Apa-apa pun, saya ada tips yang nak dikongsi. dan sebagai panduan buat diri saya sendiri jugak.
Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:
1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.
3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.
6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.
8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.
9. MENGUCAPKAN TA’AWUZ
Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.
10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yg demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi” meletakkan semulia- mulia anggota pada tubuh manusia kepada sehina-hina tempat supaya terhapus takabbur (ego) nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu. Sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kepada tanah ia dikembalikan. Tidak wajar baginya merasa takabbur, angkuh dan sombong.
Menahan diri daripada marah adalah sifat yang baik dan terpuji, justeru Allah ada menyebut dalam kitabNya Al Quranul Karim tentang orang yang menahan diri daripada marah, Al kaadzimiinal ghaizd. Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu Daud.
Sekian....
bukit Ampang
bile kodek rase sedih, marah, tempat ni la kodek selalu pergi. tak kire waktu. mlm pun jadi... mmg rase tenang sgt selain kite ambik air sembahyang and solat.... dengan cara ni kodek hilangkan stress..
Riang Ria Bersama mereka
kodek dapat meluangkan masa bersama mereka hujung mggu lepas.. dari ptg hingge mlm melepak smpi perut keras sbb byk ketawa.
mcm biase, aktiviti kami bile bertemu adalah : KARAOKE! asah suare kateko! phuuuuiit!!!!!!
mcm biase, aktiviti kami bile bertemu adalah : KARAOKE! asah suare kateko! phuuuuiit!!!!!!
with NATASYA NASIR P.RAMLEE
KODEK, NADIA NAJUA P.RAMLEE, NATASYA P.RAMLEE
HAHAHAHAHA... burget2 sweet je time ni
rindu KAK DAYANG so much!
tetibe teringat kak Dayang... bile aku buat lawak, dia lah kaki gelak... walaupun dia tgh stress buat printing or kerja2 dia...
bile nengok citer Happy tree Friends confirm aku teringat pada kak Dayang...
kodek doakan kak Dayang always happy dgn apa yg akk buat ya..
kak Dayang salah sorg kakak yg terbaik dan dia sgt best!!!!!!
gambar kenangan bersama kak dayang!!!!
KODEK, SHAHNAS, KAK DAYANG
KAMI AGAIN.. phew.. phew... phew...
serius RINDO kak dayang!
Isnin, 29 Oktober 2012
Kisah PEPIJAT... gatai oooooiiiiii klu kena :"(
ok, today kodek nak share pasai pepijat... sebab kodek dah kene gigit oleh binatang ni.. x tau dari mana si binatang ni mai... taw2 da kene gigit... now proses pemulihan.... just nak share pd hampa semua..
selamaat membaca ya :
selamaat membaca ya :
koleksi dari GOOGLE
koleksi dari GOOGLE
- Pepijat merupakan serangga yang aktif pada waktu malam untuk mencari makan ketika kita sedang tidur.
- Pada waktu siang pepijat akan menyorok pada rekahan, rak buku, celahan katil dan lain-lain tempat yang mudah untuk mereka mendapatkan akses kepada manusia bagi mencari makan.
- Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan.
- Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk pepijat menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang pembekuan darah.
- Airliur itu juga bertindak sebagai agen bius yang menghalang kita merasa sakit ketika pepijat menghisap darah. Kita akan mula merasakannya setelah pepijat berhenti dan meninggalkan kita.
- Anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk menghisap darah kita manakala pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10 hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan merangkak semula menuju ke tempat persembunyian mereka.
- Rupa gigitan pepijat adalah sama sahaja dengan rupa kesan gigitan serangga lain seperti nyamuk, semut, kutu, pacat atau lain-lainnya.
- Namun begitu kita boleh meneka samada ianya kesan gigitan pepijat melalui pemerhatian pada kesan gigitan tersebut.
- Jika terkena gigitan pertama kali mungkin agak sukar untuk menelah yang ianya adalah gigitan pepijat, tetapi jika lebih daripada sekali pada kawasan yang sama secara berkelompok atau linear, ia menunjukkan bahawa itu adalah kesan gigitan pepijat.
- Kebiasannya menyorok lebih daripada seekor pada tempat yang sama membuatkan kesan gigitan yang ada senantiasa berligar di kawasan yang berhampiran sahaja.
- Adanya kesan gigitan lagi pada hari yang keduanya dan juga pada kawasan yang sama mengesahkan lagi bahawa ianya adalah kesan gigitan pepijat yang berada berhampiran menyorok di kawasan yang terkena gigitan tersebut.
- Kesan kemerahan kecil serta terasa gatal yang membuatkan kita tergaru-garu juga merupakan satu lagi tanda ianya adalah kesan gigitan pepijat. Garuan kita boleh menimbulkan infeksi atau jangkitan pada kulit.
- Jika kita temui kesan topokan darah yang kecil atau tompokan hitan beripa najis pepijat, itu menandakan memang sah gigitan yang kita ada datang daripada pepijat.
- Dimanakah kebiasannya kita mendapat kesan gigitan pepijat.
- Pepijat akan menggigit pada anggota kita di mana-mana saja asalkan ianya terdedah kepada pepijat. Namun kebiasannya kita digigit pepijat di kawasan anggota seperti berikut:
- Kawasan leher
- Kawasan muka
- Kawasan belakang
- Kawasan tangan dan lengan
- Kawasan kaki.
- Berapa lamakah kesan gigitan tersebut mula terasa dan kekal pada kita.
- Kesan ruam atau gatal pada kulit kita amat bergantung pada individu. Bagi mereka yang mempunyai alahan ia akan menimbulkan kesan ruam yang teruk dan berpanjangan mungkin lebih dari seminggu kerana kesan gigitan demi gigitan dalam tempoh beberap hari.
- Bagi mereka yang tidak punyai alahan gigitan pula, kadangkala tidak akan mempunyai apa-apa kesanpun.
- Ada kes di mana kesan ruam hanya akan muncul setelah beberap hari dan ianya amat bergantung pada alahan pada setiap individu.
- Secara umumnya kesan gigitan mula muncul setelah beberapa jam daripada gigitan dan berkekalan selama 2 atau 3 hari sebelum lega. Jika anda punyai alahan ia akan kekal lebih lama lagi dan kita perlukan rawatan bagi mencegah kesan ini daripada berlanjutan lebih panjang.
- Adakah gigitan pepejat boleh menyebabkan kita terkena jangkitan penyakit yang merebak.
- Pada umumnya tidak ada lagi laporan mengatakan pepijat membawa penyakit berjangkit.
- Gigitannya hanyalah mendatangkan kesan gangguan dan tidak selesa sahaja.
- Walaubagaimanapun bagi mereka yang ada alahan pada gigitan ia boleh mendatangkan kesan mual serta kejutan yang memberikan kesan psikologi tidak dapat tidur.
- Bagaimana merawat kesan gigitan pepijat.
- Untuk menghilang rasa pedih gigitan pepijat, lalukan anggota yang digigit itu pada air suam yang mengalir selama sekurang-kurangnya satu minit. Ini akan membuatkan kita rasa lebih selesa.
- Untuk kesan pedih yang kuat anda boleh sapukan lotion antiseptik atau krim antibiotik.
- Bagi mereka yang ada alahan pada gigitan pepijat, anda boleh gunakan 'oral antihistamines' bagi menutup deria badan yang mengesan rasa gatal. Ia ada dalam bentuk pil atau kapsul dan ada juga dalam bentuk semburan.
Bagaimana anda boleh hapuskan terus serangan pepijat daripada rumah anda.
- Cara terbaik adalah dengan memanggil syarikat perkhidmatan kawalan serangga yang berlesen di kawasan penempatan anda tinggal.
- Arahkan syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan rapi pada rumah anda dan upah mereka untuk membuat rawatan bagi menghapuskan pepijat yang ada.
- Jika anda mahu melakukannya sendiri anda boleh membuat beberapa perkara seperti di bawah:
- Cuci dengan bersih keseluruhan rumah anda.
- Basuh segala tilam, cadar, selimut serta katil anda dengan menggunakan air panas.
- Vacum semua karpet dan tempat rekahan yang ada dengan mesin vacum berkuasa tinggi.
- Balut tilam anda dengan menggunakan cadar tahan pepijat atau 'bedbugs proof cover'.
SO KALAU ADE SIMTOM2 NI, CECEPATLA BENTINDAK YA!!!!
kisah HELMET di petang hari
ok, just nak share la satu story pd korg! mggu lepas hari selasa waktu petang, aku pi la HP dgn member aku SHAHNAS nak pi beli ROTI! so kami nak cepat sampai naik la motoq kesygan ku itu! da settle pi beli roti, kami pun bergegas blk ke opish sbb kelaparan.. niat kami tersgtlah baik sebab nk beli roti utk kengkwn mkn... alih2 dlm perjalanan blk ke opish, kami terserempak dgn salah sorg boss kami..
sebenarnye aku perasan yg dia pandang kami... tp aku buat2 cool la ateh motoq tu..
nak di jadikan cerita petang Rabu aku and SHAHNAS kene panggil naik jmpe mangkuk hayun tu!
kami dgn muke penuh selumber jawab x taw knp kami di panggil.. wakakkaakakaka..
dia tnye pergi mane semlm? dgn slumber skali lg aku and SHAHNAS jawab pi beli roti..
so dia warning la kami sebab x pakai helmet... mane taw kalau2 terjmpe Dato ke.. rosak imej company kan?! so ke kampungan kate nye...
aku bangge kot jadi anak kampung!
bkn mcm ko tu!!! x sedar diri,,,, asal kg, tp berlagak mcm org bandar. phuuitt la..
tapi, ape2 pun aku rase so kelakar dgn mangkuk hayun tu! pasal helmet jadi isu!!!
so sedey!!!!
Selasa, 23 Oktober 2012
Assalamualaikum :)
wah... 3 hari kodek x update pe2 ye! huhuhuhu.. sorry la ea.. ke busyan tahap conan weh!!!! today baru berkesempatan skit...
2 hari lagi nak raye.. phew.. pheww.... syoknye raye..
kat opish ni da ramai yg cuti sbb blk kg la... nengok lembu kene tombang ( tumbang )... jgn hampa yg tumbang suda sbb byk makan dagin ( daging ) bak kata kwn aku Zulaiha ( Zula ) wakakaka... leha, nama hang masuk blog aku weh! hahahahahahaha....
hari ni kodek felling2 nak dengo lagu RAYE je kat opish! nak membako and menaik kan semangat kerayaan kateko!!! phuuuiitt..
kpd yg otw or nak blk ke kg, sila berhati2 dan jage adab ketika memandu tu ye!
klu ngantok lepak R&R lu or lepak la mane2 tmpt yg selamat. jgn plak bile da mengantok, hampa berhenti lorong paling kanan... nnt teruih tidoq x bangkit2 (bangun ) plak...
kepulangan anda di nanti bukan utk ditangisi!
KODEK ambik kesempatan ni nak ucap ''SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA'' kpd semua yg mengenali diri saya ni, klu ade tersalah tutur bicara, perlakuan yg x sengaje, AMPUN YA !!!! minx maaf dari hujung rambut hingge hujung kaki... 0-0 ya!
ok! panjang bebono plak teman bagi ucapan!
ape2 pun, take care ya! kodek cuti esok!!! phew... phew...
Sabtu, 20 Oktober 2012
sunday OH sunday
salam AHAD semua.. ok, today kodek ade class dari pagi hinggela membawak ke tgh hari... abis kelas nak ke opish, settlekan fail2 yg x brpe nak settle tu.. huhuhuhuhuhuuhuhu... ayuh ke kantor jom. selagi celik mate, kerja.. kerja,, kerja...
Langgan:
Catatan (Atom)